Sunday, December 5, 2010

Fitness Report

Hmm... Dah 8 hari tak jog..semalam jogging balik...

Date: 4th Dec 10
Time : 45:37min, Heart Rate: High 173 Avg 163, Speed : Max 11.7km/h Avg 10.5km/h, Distance: 8.05km.


Zekreet oh Zekreet!!






Salam....

Lame dah tak jogging....maklumlah..byk keje ngan byk berjalan2.....2 Jumaat berturut2 pegi ke Zekreet, Timur Qatar...hehehe Best la sane..Pantai die air clear..mandi best...Zekreet jugak popular dgn Film City. Nak pegi ke Filem City kene tahu locationnya...kalu dah tahu sebenarnyer senang jer..tapi make sure kene bawak 4WD..Jangan Sesekali bawak kereta..mmg tak selamat...dan merosakkan kereta anda...nanti kite upload photo nyer ok...

Saturday, November 27, 2010

Laporan Kecerdasan

mlm ni adoi2 skit....
Laporan kecerdasan pagi tadi 26hb Nov 10....
Time: 58:57min, Heart Rate: Max:175 Avg: 160, Speed: 11km/h, Distance: 9.22km

Monday, November 22, 2010

Laporan Kecerdasan:

Salam....
Hari ini 22 Nov. Sejuk 20oC..Time: 47:35min, Heart Rate: Max:175 Min:162, Speed: Avg: 10.4km/h, Distance: 8.23km..sekian.

Sunday, November 21, 2010

Lelaki; Otot2 Kegemaran Wanita

Salam semua....setelah saya membaca daripada pelbagai sumber majalah dan rujukan di sini saya ringkaskan bahawa 9 bahagian badan lelaki yg rata2 wanita mengidamkannya. Ia adalah seperti di bawah:-
1)6-Pack Abs (6 Pack-Sukar utk permulaannya tetapi kalau dah dapat bagus dikekalkan sebab senang utk mencari baju dan seluar yg sesuai)kene buat push up) tiap2 hari...makan lemak tak boleh...)

2)Large Bicep (ini bukan bermaksud Otot Lengan yang besar semcm pembina badan tapi cukup sekadar proportion otot ditimbulkan)angakt dumbel kehadapan.

3)A Board Back (Otot di Tulang Belikat Belakang) Kalau anda cube angkat tangan dan tarik ke belakang...anda akan nampak di mana otot itu berada. (Pumping adalah cara yg berkesan)

4)A Big Chest (Bidang Dada yg besar dan sesuai dengan Badan. (Pumping jugak)

5)Strong Hamstrings ( Kekuatan seluruh Bahagian Otot di belakang kaki bermula dari bahagian pinggul,peha sampai ke betis)Care paling mudah amalkan adalah seperti keadaan ketok ketampi..tetapi menyilangkan kedua belah tangan di atas bahu.. buat 20kali sebyk 3 kali.

6)Sculpted Shoulder ( Bahagian Bahu Atas.. kalu kita angkat kedua-dua tangan ke sisi..ia akan kelihatan di antara leher dan bahu...)Angkat dumble 5kg sebelah untuk kedua-dua belah tangan..dan angkat secara sisi hingga paras bahu..

7)Rock Hard Calves ( Otot Betis)- buat dgn cara jenjit kaki..angkat tapak kaki dan tumit belakang ke atas...kesemua berat akn ditanggung di depan keseluruhan jari kaki. Ini akan menyebabkan otot betis akan dibina)

8)Nice Butt (Otot Punggung)(Baring dlm keadaan sisi dan angkat kaki mcm gunting (20kali satu rep ulang 3kali)

9)Powerful Forearms (Otot dari pergelangan tangan ke siku) Beli bola getah or alat senaman tangan mcm gegunting..utk mendapat otot tersebut.

Akan tetapi yang paling penting adalah membakar dahulu kalori anda dgn betul..(seperti berjogging)..setelah anda dpt kekalkan fitness level anda (berjogging)semua senaman di atas akan dilakukan dgn mudah dan berkesan terhadap otot anda...

Semua di atas hendaklah dibuat secara 20kali=1rep. kene buat 3reps(3kali). Tetapi sebagai permulaan anda boleh buat sampai anda termampu...tetapi nasihat saya kene buat sampai anda terasa bahagian tersebut bahang/membakar...itu adalah tanda senaman itu berkesan).

Laporan Kecerdasan

Hari ini 21 Nov. sejuk skit 20oC..
Time: 50:40min, Heart Rate: Max:178 Min:159, Speed: Avg: 10km/h, Distance: 8.41km..sekian.

Thursday, November 18, 2010

10 Strategi Untuk Berjaya Dalam Menurunkan Berat Badan

Salam Semua..saya terbaca dlm Artikel Majalah Men's Health Luar Negara baru2 ini..Dlm majalah ini mereka telah memberikan Tips yg berguna kepada kite semua....salah satunya adalah tentang 10 Strategi Untuk Berjaya Dalam Menurunkan Berat Badan . Berikut adalah tips yg saya telah ringkaskan.

1. Kerap Memeriksa Berat Badan Anda- Di UK, 3500 individu yg mendaftar di National Weight Control Registry (NWCR)yg telah mengekalkan berat badan mereka dlm tempoh setahun utk penyelidikan ini dan mendapati 44% drpd mereka adalah kerap menimbang berat mereka utk mengekalkan berat badan yg Ideal mereka (Dr. James Hill (NWCR).

2. Jangan Menonton TV- Kenapa?....ini disebabkan oleh pengaruh iklan makanan yg banyak di dlm TV.. Menurut saintis Brookhaven National Laboratory di New York, otak manusia mempunyai daya ransangan respon visual yg paling tinggi.Di mana, iklan makanan yg berkesan menyebabkan aktiviti otak pada ketika itu meningkat 24% drpada biasa dan kesannya ialah ia akan mendorong anda untuk memcuba dan menikmati makanan yg telah dipengaruhi oleh otak...hehehe AWAS! jgn tgok iklan makanan lelebih ye!!

3. Niat & Ikhlas kerana Allah/ Kepercayaan bagi Agama berlain)- Kajian drpada Cornell University ,Ketua Penyelidik, Karen Kim berkata kesemua agama mempunyai kepercayaan teguh pada tuhan mereka. Atas dasar itu, tuntutan atau niat utk mengubah atau berazam untuk menjadikan badan sihat bagi memudahkan mereka bersembahyang kepada tuhan mereka.Ingat tu!!...Niat & Kepercayaan!!

4. Memakan Junk Food ketika Lapar- Penyelidik Yuriy Zverev, dari University of Malawi berkata makan ringan ketika lapar akan membuat makanan tersebut diambil dengan banyak dan akan menyebabkan kandungan gula, garam & Lemak diambil secara berlebihan dlm badan.. menurut beliau kerap memakan mkn yg berkhasiat ketika lapar adalah cara yg berkesan.

5. Memakan Kekacang Almond - Kajian terhadap 70 org sehari yg menjalankan eksperimen memakan Almond selama 6 bulan mendapati 18% penurunan berat badan mereka. Ini kerana, Almond mempunyai kandungan protein, serat dan lemak yg mudah terurai yg menyebabkan terasa perut kenyang apabila memakannya ketika proses diet dijalankan...tapi ingat diorg mkn Almond utk mengisi perut yg selalu lapar...bukan makanan tghari mereka ye..!!!

6. Mengambil Peluang terhadap keadaan cuaca setempat kita.- Jikalau di luar negara..mereka memepunyai 4 Musim perubahan cuaca. Ini menyebabkan mereka digalakkan melakukan senaman di musim "summer" kerana siang agak panjang berbanding dgn waktu "winter" siang agak singkat. Jadi, pada waktu "winter" akan menjadikan aktiviti senaman kurang produktiv dan kurang dilakukan. So...Kita di Malaysia ni amatlah bersyukur kerana cuaca kita amatlah baik....Jadi, Grab Peluang Yang diturunkan oleh Allah terhadap Negara kita ini. So.rajin2 lah bersenam...

7. Memakan Bijirin & Serat- Seperti yg saya telah nyatakan sebelu ini, memakan bijirin @ serat adalh baik untuk badan khususnya dlm proses mengurangkan berat badan. Kajian drpd Purdue University, US terhadap peserta kajian mendapati purata sbnyak 640 kalori adlah jumlah yg rendah diambil setiap hari dan menjadikn mereka menurnkan berat 4 pound dlm masa 2 minggu kajian. Jadi, makan bijirin seperti Oat,nestum,whole grain dll utk mengisi perut ketika lapar adalh baik.

8. Membuat akupuntur (Cucuk2 Jarum pada Badan)
- hmmmm...ini terpulang kepada anda..tetapi anda bebetol untuk mengikutinya selain cara2 strategi yg lain, adalah terpulang terhadap diri anda. Kajian Penyelidik drpada Poland menyatakan sesiapa yg membuat akupuntur ini secara konsisten akan dpt menurunkan berat bdn sebanyak 10 pound. Marie Cargill, Pakar Akupuntur berlesen di Boston menerangkan bahawa ini kerana jarum dicucuk pada anggota badan khususnya di kawasan telinga adalah tempat dimana saraf yg boleh menghantar maklumat/ electrical Pulse ke otak untuk mengurangkan selera makan dlm tubuh kita..Percaya atau Tidak??? hehehe..

9. Minum dan makan produk tenusu- Baru2 ini, kajian dr University of Tennessee menjumpai bahawa org yg memakan 1200 miligram (mg)kalsium setiap hari mendapati hilang berat badan kira2 24 pound atau 11% drpada jumlah berat badan mereka.Penyelidik Michael Zemel Ph.D berkata apabila anda tidak mengambil cukup calcium dlm diet anda, ia menyebabkan proses membuat lemak dlm badan semakin berkesan. Kerana Kalsium dpt membantu menguraikan lemak berat dlm badan.
Cuba ambil jumlah kalsium dgn mengambil 2 8oz gelas Susu Rendah Lemak (699 mg) &1 cawan Yogurt (338 mg)

10. Meletakkan Sasar Dengan memberitahu rakan utk menilai- haaaa...ini satu ia idea yg bagus...setiap org yg ingin menjalani proses menurunkan berat badan mereka hendaklah menyatakan/declare dgn pasangan, kawan atau sesiapa sahaja yg rapat dengan mereka untuk menilai setiap gerak kelakuan ketika proses diet dilakukan. Ini kerana apabila sesorg mula memantau aktiviti diet anda...mereka akan sentiasa memberitahu anda apabila anda terkeluar drpd landasan aktiviti diet.Misalnya, "Kata diet tapi makan makan donut tiap2 hari, ini ke diet engkau..hehehe"..Ini disebabkan apabila anda menetapka target & azam anda dihadapan seseorng, mereka akan ingat dan menjadikan titik tinjauan mereka dgn pendirian & kemampuan anda sendiri..

Ok! itu sahaja..Salam!!

Wednesday, November 17, 2010

Cara Untuk mengurangkan berat badan..

Salam.....anda risaukan anda berat??? sebenarnya badan yg berat boleh dikurangkan....tetapi sebagai permulaan kita mesti tengok dulu tahap kecerdasan badan kita dulu...bayangkan kalau kita terus buat rutin Weight Loss yg "Rejim"...nanti kite yg akan dapat mudarat pada badan dan diri kite.....

Yang pertama adalah....melihat dulu TAHAP KECERDASAN badan kite...misalnya...adakah kita merasa sukar bernafas walaupun baru 50 meter berjalan???..kalau ya, ade masalah la tu.....mungkin ada penyakit yg sudah ada pada diri kite dan sebagainya.....dinasihatkan pergi berjumpa doktor untuk meng"diagnose" kesihatan badan anda.

Yang kedua.....buat EXERCISE SECARA BERPERINGKAT...seperti kalau nak jogging...tapi anda dah lame tak ber'jogging'..mestilah bermula drpada (warm up)/stretching iaitu melonggarkan seluruh anggota badan.., dan mulakan dengan berjalan kaki dahulu...selama 1-2minggu untuk menganalisis tahap kecerdasan badan kite sendiri...kalu sudah bergitu yakin...baru lah aktiviti berjogging dimulakan....hehehe

Yang Ketiga...KEKERAPAN MELAKUKAN SENAMAN...kalau inginkan badan yg sihat, luangkan masa 20-30min sehari untuk melakukan sebarang senaman, e.g jogging, basuh kereta, berenang, berkebun dll..macam saya, saya menetapkan seminggu 3-4 kali senaman...dengan 45min jogging dgn kadar 8km...ini diri saya...kalau anda mestilah membuatnya dengan kadar kemampuan anda dahulu..AMARAN! jgn kita push diri kita melakukan sebarang senaman dgn mengikut kemampuan org lain...BAHAYA! nanti mudarat diri..seperti..hilang kawalan pernafasan, pengsan, pitam, gelap mata dan sebagainya..

Yang Keempat.....PEMAKANAN..lemak & Gula...perghhhh kalau amik dengan banyak ia akan menjadikan kite gemuk dan menambahkan berat badan....Ia perlu tetapi dengan kadar yg kurang....kalau anda mendengar org merunggut..."senam dah, tapi apesal gemuk jugak" haaaa.....kerana ape?..cara pemakanan yg diambil adalah salah, seperti memakan makanan yg berkhasiat kurang berbanding mengambil mknan Junk2 food dgn kadar yg berlebihan..."kalau mcm tu mane nak turun berat badan!!"....tambahan pula dgn senaman yg dilakukan teramatlah singkat & jarang...10min sudah mulai merasa give up....

Yang Kelima...NIAT & AZAM....tanam azam & semangat...kalau nak bebetul turun berat badan (aku kene displin dgn cara pemakanan aku, cara senaman aku & life style aku...jgn balik koje terus melepak terus & tido..buat riadah bagi mengeluarkan peluh & jgn cepat putus asa...

Yang keenam....WAKTU MAKAN.....Sarapan Pagi...Ni waktu yg amat penting pagi kita...kene makan..roti, Bijirin, peanut butter,dll...kalau di tempat kita ade roti canai la, nasi lemak la...boleh ambil tapi dinasihatkan dengan kadar yg minima...skadar mengisi perut untuk tenaga bekerja...minum pukul 10 pg..buat la air milo or nestum bagi waktu itu.., makan tenghari..ambil nasi sesenduk aje...lauk seperti sayuran bykkan...yg berminyak cube elakkan..baykkan makan ikan diselang-seli dgn ayam dan daging...kerana die jugak membekalkan khasiat dlm tubuh badan....Makan malam...kalu boleh waktu ni...mkn buah2 buahan atau biskut bijirin untuk mengalas perut....kalau terasa lapar boleh makan tetapi dlm lingkukan pukul 5.30-7.00 mlm...ini kerana selepas mkn waktu itu anda still bernyawa..tak tido...jadi perut kite dapat memproses mkn tadi...jgn mengambil mknan berat ketika hampir masuk waktu tido...ini sebab perut kita dah stop beroperasi..hehehe..payah!! ..makanan di dalam tu nanti tidak dpt diproses @ dicernakan...hehehe..

Biar kite makan kerap..tetapi dgn kadar yg sedikit...sekadar untuk menjaga perut kita dan badan...!! lepas tu...jgn lupa bersenam la...hehehe

okla...kalu ade penambahan tips...nanti saya editkan!!

Salam..

POLAR RS300X




SALAM SEMUA...memandangkan saya akan meng"update" rekod kecerdasan saya...mesti korang tertanya2 dari mana datangnya measurement dan keputusan tersebut...Ok....sebenarnaye saya memiliki sebuah Jam Tangan (Training Computer)seperti GAMBAR DIATAS....RS300X keluaran daripada POLAR..sy dah beli agak lama jugak...hehehe..untuk kegunaan sendiri ajer...Sooo....dalam Sekali dgn package jam ini saya mendapat: 1) Heart Rate transmitter, 2) Foot Pod (utk distance & speed)..Harga di Malaysia Dlam Lingkungan RM850..tetapi kalu RS300..die hanya bekalkan heart rate transmitter sahaja...dlm RM450-500...Kegunaannyar adalah byk..seperti dibawah:

Speed, Distance, and Heart Rate

* Dpt membantu kite untuk meningkatkan tahap fitness kite,
* Membaca Kalori yg dibakar dlm badan
* Boleh menganalisis tahap maksimum fitness kite
* Membaca Heart Rate kite...

KECERDASAN...

Salam....Sebenarnyer saya sudah lame bercadang untuk memberikan rekod tahap kecerdasan saya...bukan apa...untuk tatapan saya dan rakan2 yang ingin melakukan senaman dan mengekalkan kesihatan; so...Bermulanya pada hari ini...saya akan meng"update" semua senaman saya didalam blog saya ini....

Rekod Kecerdasan : Jogging

1) 14hb Nov : Time: 50:27min, Heart Rate: Max:177 Min:157, Kalori:624, Distance : 8.36km, Speed: 9.9km/h
2) 17hb Nov : Time: 47:18min, Heart Rate: Max:175 Min:159, Kalori:600, Distance : 8.04km, Speed: 10.2km/h

Tuesday, September 28, 2010

Kehebatan..........

Ape tu kehebatan??? hmmmmmmmm...hebat mmg hebat la....hebat dari kaca saya adalah semua yg family,kawan2 & sahabat saya lakukan untuk peningkatan diri dan kepuasan diri mereka, saya akan menyatakan diri mereka hebat...sebagai pujian saja...!!! Hehehe Kehebatan Untuk Semua!!!

Monday, September 20, 2010

Kos Taraf Hidup Meningkat

Salam Semua..

Peh...taraf hidup kat Malaysia sekarang makin lama makin meningat...rasenyer bukan Malaysia aje, malah di serata dunia. Peningkatan taraf hidup kite sekarang semakin hari semakin meningkat dengan harga barangan dan perkhidmatan meningkat dalam 3%-4%..cube bayangkan..Perghhhh!!!! macam mane nak balik Malaysia!!!

Tapi ape yang kite harus buat hendaklah berhemah ketika menggunakan wang seperti membuat Simpanan Tetap dan membelanjakan mengikut kadar kemampuan kita yang sedia ada...hehehehe...

Beringatlah!!

Sunday, September 19, 2010

Baru Balik Beraya..15 September 2010

Salam pada semua,

Hehe...Syukur sampai jugak saya kat bumi Qatar ni...sebelum tu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya & 1 Malaysia pada semua..anyway, sebut pasal balik raya yang lepas, banyak perkara yg saya telah lakukan...maklumlah..tengah buat persiapan untuk masuk ke sarang baru saya...tapi segan nak cakap tentang teratak merpati saya yg kecik dan cukup sekadar untuk duduk seisi keluarga dan selasa untuk tetamu yg datang sekali sekala menjenguk saya dan keluarga..

Maklumlah kalau nak dekat raya ni banyaklah promosi2 dan jualan2 murah termasuk furnitures, barangan rumah & sebagainya. Saya pun tidak ketinggal untuk membeli sedikit barangan & kelengapan untuk rumah baru saya tempoh hari..

Sekarang di rumah saya, kontraktor untuk membuat Kitchen Cabinet giat dilakukan..tu pun buat sekadar kemampuan sahaja..furniture lain seperti Sofa set, Cabinet TV & Dining Table sudah dibeli...ooo tak lupa jugak dengan peti sejuk... Insyallah pada bulan 11 saya merancang untuk membeli katil dan juga TV...hehehe kalu ade rezeki la ye..
Kalau dilihat sekali imbas macam sedikit sahaja yg saya telah belanjakan untuk penyediaan kelengkapan rumah...tetapi kalu dikirakan balik semuanya lebih daripada 15 ribu telah dibelanjakan.

Tapi ingat kalau buat tu mestilah melihat kemampuan kita ya..hehehe..

Salam Sejahtera...

Wednesday, April 14, 2010

Istanbul Photos by My Friend Naz...

























Raya Haji NOV 2009...saya pergi Istanbul bersama member2...ade kerja skit.....ini skit sebanyak gambar dari Istanbul....akan diupdate dr mase ke semasa...ESOK!! saya akan ceritakan pengalaman saya pergi ke sana....

Tuesday, April 13, 2010

CARA MEMBUAT RACUN SEMBURAN PEROSAK DI RUMAH.

CARA MEMBUAT RACUN SEMBURAN PEROSAK DI RUMAH.

Pokok Puding saya sekarang mengalami Keputihan di daun-daun dan adakalanya ia mempunyai serangga yang berterbangan di tempat jankitan tersebut. Saya suri rumah sepenuh masa dan bagaimankah caranya untuk membasmi perosak ini dari terus merosakkan tanaman saya?

Perosak ini boleh disebut sebagai ‘Whitefly’ atau ‘Aphid’. Ini petua yang diturunkan daripada bapa saya …Kita boleh membuat Racun Prosak kita sendiri..Campuranya seperti berikut : Air biasa dicampurkan serbuk cili (1 camca kecil) ataupunn air rebusan cili kering dimasukkan dalam botol spray, masukkan sedikit cecair sabun basuh pinggan dan sedikit minyak masak kedalam botol spray tersebut lalu goncang. Dan anda boleh spray kepada pokok yang kena jangkitan tersebut.
Lihat dalam 1 ke 2 minggu kalau jangkitan tu kembali, ulangi penyemburan .Mungkin ia akan beransur pulih..

Salam & Good day...














Salam perkenalan..

Saya Rizal, selamat datang ke blog saya....dalam blog saya ini, saya akan menceritakan pengalaman,hobi,kesihatan,sukan,landskap,perniagaan yg mana saya ceburi......hehehe... blog ini sebenarnyer utk sembang santai sahaja..disamping berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan baru di luar sana..!!!