Thursday, November 18, 2010

10 Strategi Untuk Berjaya Dalam Menurunkan Berat Badan

Salam Semua..saya terbaca dlm Artikel Majalah Men's Health Luar Negara baru2 ini..Dlm majalah ini mereka telah memberikan Tips yg berguna kepada kite semua....salah satunya adalah tentang 10 Strategi Untuk Berjaya Dalam Menurunkan Berat Badan . Berikut adalah tips yg saya telah ringkaskan.

1. Kerap Memeriksa Berat Badan Anda- Di UK, 3500 individu yg mendaftar di National Weight Control Registry (NWCR)yg telah mengekalkan berat badan mereka dlm tempoh setahun utk penyelidikan ini dan mendapati 44% drpd mereka adalah kerap menimbang berat mereka utk mengekalkan berat badan yg Ideal mereka (Dr. James Hill (NWCR).

2. Jangan Menonton TV- Kenapa?....ini disebabkan oleh pengaruh iklan makanan yg banyak di dlm TV.. Menurut saintis Brookhaven National Laboratory di New York, otak manusia mempunyai daya ransangan respon visual yg paling tinggi.Di mana, iklan makanan yg berkesan menyebabkan aktiviti otak pada ketika itu meningkat 24% drpada biasa dan kesannya ialah ia akan mendorong anda untuk memcuba dan menikmati makanan yg telah dipengaruhi oleh otak...hehehe AWAS! jgn tgok iklan makanan lelebih ye!!

3. Niat & Ikhlas kerana Allah/ Kepercayaan bagi Agama berlain)- Kajian drpada Cornell University ,Ketua Penyelidik, Karen Kim berkata kesemua agama mempunyai kepercayaan teguh pada tuhan mereka. Atas dasar itu, tuntutan atau niat utk mengubah atau berazam untuk menjadikan badan sihat bagi memudahkan mereka bersembahyang kepada tuhan mereka.Ingat tu!!...Niat & Kepercayaan!!

4. Memakan Junk Food ketika Lapar- Penyelidik Yuriy Zverev, dari University of Malawi berkata makan ringan ketika lapar akan membuat makanan tersebut diambil dengan banyak dan akan menyebabkan kandungan gula, garam & Lemak diambil secara berlebihan dlm badan.. menurut beliau kerap memakan mkn yg berkhasiat ketika lapar adalah cara yg berkesan.

5. Memakan Kekacang Almond - Kajian terhadap 70 org sehari yg menjalankan eksperimen memakan Almond selama 6 bulan mendapati 18% penurunan berat badan mereka. Ini kerana, Almond mempunyai kandungan protein, serat dan lemak yg mudah terurai yg menyebabkan terasa perut kenyang apabila memakannya ketika proses diet dijalankan...tapi ingat diorg mkn Almond utk mengisi perut yg selalu lapar...bukan makanan tghari mereka ye..!!!

6. Mengambil Peluang terhadap keadaan cuaca setempat kita.- Jikalau di luar negara..mereka memepunyai 4 Musim perubahan cuaca. Ini menyebabkan mereka digalakkan melakukan senaman di musim "summer" kerana siang agak panjang berbanding dgn waktu "winter" siang agak singkat. Jadi, pada waktu "winter" akan menjadikan aktiviti senaman kurang produktiv dan kurang dilakukan. So...Kita di Malaysia ni amatlah bersyukur kerana cuaca kita amatlah baik....Jadi, Grab Peluang Yang diturunkan oleh Allah terhadap Negara kita ini. So.rajin2 lah bersenam...

7. Memakan Bijirin & Serat- Seperti yg saya telah nyatakan sebelu ini, memakan bijirin @ serat adalh baik untuk badan khususnya dlm proses mengurangkan berat badan. Kajian drpd Purdue University, US terhadap peserta kajian mendapati purata sbnyak 640 kalori adlah jumlah yg rendah diambil setiap hari dan menjadikn mereka menurnkan berat 4 pound dlm masa 2 minggu kajian. Jadi, makan bijirin seperti Oat,nestum,whole grain dll utk mengisi perut ketika lapar adalh baik.

8. Membuat akupuntur (Cucuk2 Jarum pada Badan)
- hmmmm...ini terpulang kepada anda..tetapi anda bebetol untuk mengikutinya selain cara2 strategi yg lain, adalah terpulang terhadap diri anda. Kajian Penyelidik drpada Poland menyatakan sesiapa yg membuat akupuntur ini secara konsisten akan dpt menurunkan berat bdn sebanyak 10 pound. Marie Cargill, Pakar Akupuntur berlesen di Boston menerangkan bahawa ini kerana jarum dicucuk pada anggota badan khususnya di kawasan telinga adalah tempat dimana saraf yg boleh menghantar maklumat/ electrical Pulse ke otak untuk mengurangkan selera makan dlm tubuh kita..Percaya atau Tidak??? hehehe..

9. Minum dan makan produk tenusu- Baru2 ini, kajian dr University of Tennessee menjumpai bahawa org yg memakan 1200 miligram (mg)kalsium setiap hari mendapati hilang berat badan kira2 24 pound atau 11% drpada jumlah berat badan mereka.Penyelidik Michael Zemel Ph.D berkata apabila anda tidak mengambil cukup calcium dlm diet anda, ia menyebabkan proses membuat lemak dlm badan semakin berkesan. Kerana Kalsium dpt membantu menguraikan lemak berat dlm badan.
Cuba ambil jumlah kalsium dgn mengambil 2 8oz gelas Susu Rendah Lemak (699 mg) &1 cawan Yogurt (338 mg)

10. Meletakkan Sasar Dengan memberitahu rakan utk menilai- haaaa...ini satu ia idea yg bagus...setiap org yg ingin menjalani proses menurunkan berat badan mereka hendaklah menyatakan/declare dgn pasangan, kawan atau sesiapa sahaja yg rapat dengan mereka untuk menilai setiap gerak kelakuan ketika proses diet dilakukan. Ini kerana apabila sesorg mula memantau aktiviti diet anda...mereka akan sentiasa memberitahu anda apabila anda terkeluar drpd landasan aktiviti diet.Misalnya, "Kata diet tapi makan makan donut tiap2 hari, ini ke diet engkau..hehehe"..Ini disebabkan apabila anda menetapka target & azam anda dihadapan seseorng, mereka akan ingat dan menjadikan titik tinjauan mereka dgn pendirian & kemampuan anda sendiri..

Ok! itu sahaja..Salam!!

No comments:

Post a Comment